My Blogshop :

Friday, 30 December 2011

Fiksyen 302


Tajuk: Fiksyen 302
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM21
Muka surat: 492


Buku yang baru saja selesai dibaca. Karya terbaru novelis thriller Ramlee Awang Murshid (RAM) ini memang tak mengecewakan saya. Dengan konsep novel psikologi thriller, ia benar-benar membuat otak saya ligat berfikir! Pengakhiran ceritanya juga mengejutkan dan sukar untuk saya jangka. Bagi yang gemarkan penyiasatan dan suka bermain dengan psikologi, novel ini memang untuk anda. Dan ini memang kegemaran saya!

Sedikit ringkasan novel ini...
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Bagusnya novel RAM ni, pada bahagian belakang buku ada diselitkan 'Segmen Ilmu'. Untuk novel psikologi kali ini, pembaca diberi info secara ringkas mengenai psikosis dan neurosis. Sambil baca novel kita dapat ilmu.


p/s: Bagi yang pertama kali membaca karya RAM, pasti akan terasa pening sebab ia memaksa otak kita berfikir. Macam sorang kawan saya dulu..terus takmau baca! ^__^ 


36 comments:

Ieja said...

Tunang ija suka sangat baca buku2 hasil tulisan Awang Murshid..dia cakap best..pernah jugak dia bagi buku yg dia beli n suruh baca tapi malas nak baca..hehe

Ujie said...

ieja:
mmg best, lain dari novel biasa! akak ada hampir semua novel dia.

tunang ieja pun mesti dh baca 302 ni kan..

khaifaiz said...

blm pernah baca karya RAM lagi

Azlan Hasan said...

wahh..macam best jer..sy suka cerita yang tak straight forward nie..

Regards,
-Strider-

Ujie said...

khaifaiz:
tak kenal..tak suka. ^_^

azlan:
sesuai la tu!

aimie amalina said...

yg baru ke ni kak?
pehhh..
sy memang minat gile novel Ramlee ni
dr zaman sekolah lag
novel die bes kan..
kene p carikkkk
dgn kadar segera ni
hehehehe

azmnor said...

Salam Ujie..,

saya tak pernah lagi baca novel tulisan beliau....dan saya ni memang kurang membaca novel ... mungkin boleh cuba baca novel ini sebagai permulaan...

Ujie said...

aimie:
a'ah..latest! tu takleh citer lebih..marah plak org yg blm baca.
geng la kita...^_~

azmnor:
try la..novel ni berbeza temanya drpd novel biasa.

Pok Amai-Amai said...

Mmg pening pale membacenya...

=p

diana said...

kak ipar saya ada semua koleksi buku dia.tapi dia tak bagi sapa2 pinjam sebab katanya buku RAM ni bukan senang nak jumpa.sebab laris..kalau keluar je memang cepat habis.jadi kalau nak pinjam memang dia tak bagi.takut hilang dan rosak katanya..

Ujie said...

PAA:
oh..awak dah baca jugak ya.
boleh sakit otak kan..

diana:
wah..syg sgt! tp mmg laris..kalau lmbt kena tunggu next delivery.

CIK TOM said...

ciktom suka novel RAM sbb buat kita berfikir..mostly novel dia dah ciktom bc..stakat ni ada 2 koleksi novel dia je yg ln pnjm..bminat nak beli 1 jgk yg ni!

Daddylicious said...

tulisan beliau mencabar minda...

Tihara said...

best ni novel RAM..lama dah tk baca novel..kadang2 cerita macam tu mmg kena ligat berfikir macam kita tengok cite heroes..kalo org tk faham mmg tk leh follow..

Lia Irdelia said...

saya juga obses dgn hasil penulisan RAM..

Tapi tak baca lagi laa yg ni..
tgu saya baca yer.. hehhe..

p/s : nak cari ungu karmila..
dah hilang dari simpanan.. huhuhu..

telor power said...

pasal misteri atau saiko nie ujie??

Woofer Storm said...

suka bca novel alaf 21,tapi tak reti nak baca buku RAM ni..macam takut je cover dia..heheee

slmt tahun baru sis^^moga kekal bersahabat..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Macam best jer critanye ni..
Lily tak pernah baca lagi novel RAM...boleh cari nanti ni..

Ujie said...

cik tom:
saya pun..tak sume novel RAM ada dlm koleksi.

beli, baca & slmt berfikir! hahaa

daddy:
setuju!

tihara:
a'ah..tak sume org boleh terima gaya novel gini.

Ujie said...

lia:
obses jugak? ramai gak geng kat sini ya!

ungu karmila-kalau kat book store takde, lia order je kat alaf21. ada form blkg buku tu.

TP:
misteri pembunuhan yg melibatkan psiko.
bkn misteri yg hantu2 tu tau!

Ujie said...

WS:
takot?hehe..yg kat cover dia tu gambo Zonan, dalang pembunuhan.

*insyaallah, sahabat selamanya..^_^

lily:
mcm best? sila try!
mana tau boleh join kami2 peminat novel RAM ni..^__^

telor power said...

wah menarik tu.....akan cuba kubaca nanti hehehe

Munnafendy said...

ujie...ai rasa ai sama macam kawan awk tu..comfirm pening kalau baca! haha

Papa Mifz said...

492 pages...sure tak beli or baco buku tuh..hehe

acheeqa farhana said...

alamak...byk betul page die..ekekeke

eita said...

akak pun baca jugak..baru separuh ...
ni pun dah pening mikir..sapa yang bunuh semua orang tu...

Ujie said...

munna:
blm baca dah tau pening ya..*__*

papa & acheeqa:
kalau dah suka..tak terasa buku tebal gitu..

eita:
hehe..nak saya bgtau ke sape yg bunuh??

Yana Lan said...

Lama benor tak datang sini. Kak Ujie sehat? :D

RAM memang best. Bila baca buat otak berfikir. :)

H.J said...

pinjam kak ujie..haha

Ujie said...

yana:
alhamdulillah..yana busy dgn lecture kann..
akak nk masuk blog yana takleh, dah private kan ya.

h.j:
no prob.! akak dah siap baca..^_^

Yana Lan said...

Bizi lecture and exam. Heheh.
Dah boleh bukak dah. Sebelum ni private kejap, insyaAllah tak dah lepas ni. :D

Juliet_iRa~" said...

hee..dah lama xbc karya ramlee awang murshid!

ada 2 buah buku dia y ira pernah beli..heee :)

seronok tp agak berat..heee

Prettywrite said...

Wahh..akak baca buku tebal2 macam ni?kalau yna mahu makan 2, 3 bulan ni..kikiki

Ujie said...

j.ira:
betul..karya dia mmg berat. bkn bacaan santai..

pretty:
yna..yg ni mmg minat kejap je abis.
skrg pun ada 2 novel lain yg dh berbulan tak abis baca..sbb kurang minat. °__°

CTK said...

abg ct pon suka bce nvel RAM...cter dia mmg bnyk kena pikir :D

Hanamiko Sakura said...

baca novel RAM memang best sangat2.. boleh mengembangkan otak.. suka sangat >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...