Thursday 10 November 2011

Kulit Lembu

Masih lagi berkisar cerita hari raya haji lalu. Sebelum ni dah tunjuk ekor lembu, sekarang nak tunjuk kulit lembu pulak. Sebenarnya ini merupakan pengalaman pertama saya melihat kulit lembu dalam rupa begini.

Kulit lembu yang dah siap dibakar dan dipotong.
Saya sampai rumah mertua agak lewat, jadinya terlepas untuk melihat kulit lembu yang belum diproses. Yang dalam dulang ni sudah siap dibakar dan dipotong. Kemudian dijemur supaya boleh tahan lama. Kulit lembu ini kemudiannya bolehlah dibuat masak sup atau sambal kering.


Gambar ihsan Google, tak sempat ambil gambar sebenar.

Hidangan tengahari hari tersebut, SUP KULIT LEMBU bersama KAKI LEMBU sebenarnya. Rupanya lebih kurang macam dalam gambar di atas. Tapi sebab tak pernah makan, saya belum ada kekuatan untuk mencubanya. Kalau tak diberitahu itu adalah kulit lembu, mungkin saya akan makan.

Korang pernah makan?


24 comments:

  1. tak pernah pulak....
    tp penah la tgk :D

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan lagi kulit & kaki lembu..tak ada kekuatan juga untuk mencuba tu.. :)

    lily pun 1st time ni tgk kulit lembu dibakar..

    ReplyDelete
  3. Salam Ujie..,

    saya pernah makan kulit lembu yg di masak sup dan juga yang di masak bersama tempe...memang " marvelous " cakap jawanya... cakap orang putih nya menakjubnya... gitu juga sup kaki lembu tu...hehehe...makan ngan nasi sejuk...lega...

    ReplyDelete
  4. salam,

    kalo org selangor ske wat sambal tahun..

    awk nak join segmen tadi kan..akk dah bagi link..jum laa try jawab teka teki :)

    ReplyDelete
  5. tak pernah lg cuba kulit lembu.perut pun xde selera nak mkn,ini kan kulit plak...

    ReplyDelete
  6. azmnor:
    tu jawa blh mana tu? siap mkn tempe lagi..^__^

    tihara:
    kot sambal tahun tu sama mcm sambal kering..entah le, tak penah jumpa/mkn lg sebenarnya.

    munnafendy:
    perut@babat..saya pun blm ada kekuatan utk mencubanya.

    ReplyDelete
  7. erk..ade gak sup kulit lembu??igtkan kulit lembu tak xde guna..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. azlan:
    saya pun baru tau yg kulit lembu boleh mkn.
    byk gak belajar benda baru raya haji kali ni.

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan pulak..
    dia lembik2 macam lemak tu la ye??

    ReplyDelete
  10. diana:
    saya mkn kuah supnya je..tang kulit saya tak try mkn pun.
    tapi kalau tengok rupa..mcm kenyal.

    ReplyDelete
  11. tak penah la,,tapi kalau lidah lembu tuh,,pernah la,,akak pernah makan??

    ReplyDelete
  12. yen:
    LIDAH lagilah tak pernah mkn..tp pernah dgr la.

    ReplyDelete
  13. Arol pun tak pernah makan sup kulit lembu. Suka makan sup gearbox jek! Sedappp tapi kolestrol. Hehe. :D

    Entri terbaru :D
    http://arolpunyeblog.blogspot.com/2011/11/top-10-contest-daniel-adie-sispa-tolong.html

    ReplyDelete
  14. tak pernah makan lagi. ish, sedap ke. dengar kulit tu mcm tak boleh nk masuk mulut je tp klu xtahu mungkin licin gak kot....hehehe

    ReplyDelete
  15. nampak macm sedap..
    Tapi.. agak takut nak makan..
    hehheheee

    ReplyDelete
  16. Pernah makan...boleh tahan lah, haha..sodap jugak tapi ikut cara masak..

    ReplyDelete
  17. niza:
    betullah..kalau tak tau mesti makan.

    elih:
    baguslah berani makan..saya tengok org lain makan mmg okey je pun.

    ReplyDelete
  18. akak, wanie pun xde kekuatan nak makan kulit lembu..segala organ dalaman pun same jugak..

    ReplyDelete
  19. salam ujie.

    kalau kat kelantan kulit lembu tu akan dibakar dan digulai bersama daging.

    ReplyDelete
  20. x pnh tp penah dgr gak kat perak pun sama...bakar kulit...cmne le rsnye yek... :P

    ReplyDelete
  21. cha:
    kulit lembu ni mmg kena bakar dulu sblm nak masak apa2. tujuannya utk buang bulu.

    ReplyDelete
  22. lorrr...xthu la bende neh bleh mkn..hihii

    ReplyDelete
  23. pernah makan. tapi tak ingat rasa macam mana.

    Cuma kalau tak pandai proses, memang tak sodap la jadinye.

    Ada kawan pernah makan kulit lembu buat macam kerepek/keropok.

    ReplyDelete
  24. penah mkn masak lemak kulit lembu, dekat tempat saya de org indon yg dh lame bermastautin di malaysia, jd die masak hidangan ni wktu kenduri anak die..sedap!!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****