Monday 10 October 2011

Permata Buat Isteri

Kumpulan Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

 
Tajuk Lagu/Puisi: Permata Buat Isteri
Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM
Nyanyian: Kumpulan Kopratasa

(sumber: liriklagumuzika.com)

**********************************************
Antara puisi yang telah diangkat menjadi lagu. Cukup puitis dan dinyanyikan dengan baik oleh Kumpulan Kopratasa. Ringkas namun penuh makna!

p/s: Saya memang minat lagu-lagu puisi Kopratasa. Antara lain yang best..Masihkah Kau Ingat.


14 comments:

  1. nyanyi skit kak ujie..buat audio nak dngar..haha

    ReplyDelete
  2. h.j: kalau nak audio kena mintak dgn Uji Rashid la..Ujie Othman blm masuk kelas vokal lagi. *__*

    ReplyDelete
  3. akak pun suka lagu tu..
    macam peringatan untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. diana: peringatan utk diri kita yg bergelar isteri ya kak...eheh..

    ReplyDelete
  5. Alamak! tak kenal lah penyanyi ni...ce try nyanyi...cover sikit hehe :P

    ReplyDelete
  6. haa tu lah kan... lagu2 yang kopratasa nyayikan almost sedap2 didengar.. wpon dah berkurun lama tapi still maish diterima skrg ni...

    ReplyDelete
  7. layan^^

    lagu masih kau ingat tu memang best..ehee tapi jrg dgr la skg ni^^

    ReplyDelete
  8. memang mendalam lagu ni..utk para2 isteri ..

    ReplyDelete
  9. hehe...lau suami ct nyanyi ni...xtido malam..hahahah

    ReplyDelete
  10. ciktom xpenah dgr lagu ni..tp lagu masihkan kau ingat tue mmg lagu fevret ciktom dari sekolah rendah lagi..heee...

    lan kopratasa tue ayah kawan cik tom..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****