Thursday 15 September 2011

Di-Bawah Alunan Ombak


Tajuk: Di-Bawah Alunan Ombak
Penulis: A. Rashid Bin Ngah
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $2.00
Mukasurat: 137

Satu lagi novel sejarah yang ada dalam simpanan saya. Saya jumpa buku ni sewaktu mengemas rak buku di kampung saya di Johor. Keadaannya agak usang namun masih boleh dibaca.

Buku ini diterbitkan kali pertama pada Januari 1961, bermakna ia hasil penulisan 50 tahun lalu! Manakala buku yang ada dalam simpanan saya ini merupakan hasil cetakan kelapan, iaitu pada tahun 1970. Ini bermakna ia telah berusia 41 tahun! Sesuai dengan zaman sewaktu ia diterbitkan, buku ini menggunakan bahasa Melayu lama.

Novel ini menceritakan pengalaman penduduk-penduduk di kawasan Pantai Timur semasa dalam pemerintahan Tentera Jepun, iaitu sewaktu Perang Dunia Ke-2. Jalan ceritanya memang mudah, tetapi sarat dengan gambaran pengalaman penderitaan hidup pada masa tersebut. Memetik kata-kata Pengarah DBP pada masa itu iaitu Syed Nasir Bin Ismail, "Dan yang mustahak sa-kali buku ini menanamkan beneh kebenchian terhadap perang, di-samping menyuborkan bibit keberanian dan ketabahan dalam dada anak2".

Sedikit petikan daripada novel ini:
Sa-bentar lepas itu, meletup-lah bedilan menghujani matalamat-nya; hebat dan mengerikan. Rasa2-nya dekat benar penembakan itu berlaku. Kami menutup muka dan menyembam ka-tanah. Tidak lama bunyi-nya menghilang pula dan aku agak tentu-lah Pulau Kambing yang di-bom-nya.


p/s: entah kenapa, akhir-akhir ni saya suka baca kisah sejarah. Mungkin umur dah bertambah, takkan masih nak baca kisah misteri dan cinta je kan!

9 comments:

  1. bagusnya dpt jumpa novel lama...

    ReplyDelete
  2. ujie..
    ada daftar blog pada enjin carian tak??
    macam google ke yahoo ke?
    ujie rajin buat review buku2 jadi baik daftar.
    nak tau lanjut pasal ni klik kat link ni..

    http://www.ciktom.com/tutorial-daftar-blog-pada-enjin-carian/

    ReplyDelete
  3. diana: kat google dah daftar, yg lain blm lg. btw..tq ya!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ujie..,

    macam best jer novel tu...saya ni tak lah suka sgt membaca novel...tp ada kalanya novel bagitu baik juga di baca....allahualam

    ReplyDelete
  5. azmnor: novel sejarah mmg sgt bagus dibaca..ada pengajaran yg boleh diambil.

    sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa!

    ReplyDelete
  6. Saya ada baca buku ni masa saya skolah rendah di Terengganu sekitar tahun 1976~1978..tapi sayang buku ni dah hilang dari simpanan kat kampung..maybe dibuang oleh orang tua sbb buku lama..tapi saya masih ingat jalan cerita nya..kerana kisah itu berlaku kat kampung kelahiran saya dan sekitarnya..saya cuba cari buku ni nak dapat balik buat koleksi..mana boleh dapat ye.

    ReplyDelete
  7. azman:
    wah..sgt bermakna sbb tmpt kelahiran sendiri.

    yang saya ada ni pun utk koleksi sendiri. insyaallah kalau dpt tau ada di mana2 saya akan bgtau awak.

    ReplyDelete
  8. AZMAN:
    Saya dapati ada yg nk jual buku ni di mudah.my. rm6 saja. dah cuba?

    Taip je tajuk buku ni di google search..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****