Wednesday, 10 August 2011

KK & Pulau

(sambungan siri ke Sabah- entri sebelum ini Kundasang & Kinabalu Park, Poring Hotspring & Canopy Walkway)


Kota Kinabalu (KK)
Di Kota Kinabalu (KK) kami tinggal di Le Hotel (bertaraf hotel bajet). Tempahan dibuat awal melalui Agoda bagi mendapatkan harga promosi yang lebih rendah dari kadar semasa hotel. Kedudukannya amat strategik dan memudahkan kita untuk makan dan membeli-belah. Ia terletak berhampiran Centre Point (pusat membeli-belah yang besar), Pasar Kraftangan (Pasar Filipina) dan Pasar Ikan Masin. Cuma bilik hotelnya kecil sehingga tiada ruangan yang sesuai untuk bersolat.

Disebabkan kedudukan yang amat strategik, cuma perlu berjalan kaki untuk ke tempat-tempat tersebut. Amat mudah dan jimat. Tetapi jika perlu ke tempat yang sedikit jauh, boleh naik pengangkutan awam. Perkhidmatan City Bus di sini amat mudah didapati, cuma perlu tunggu di mana-mana bus stop dan tambang kadar ratanya cuma 50sen. Untuk teksi, kadar tambang minima adalah RM10. Untuk mengetahui info begini, ringankan mulut bertanya dengan penduduk tempatan yang ramah dan sedia membantu. Yang penting, kita kena senyum selalu!

Jika ke Centre Point, jangan lupa ke kedai Kaison. Kedai ni menjual pelbagai barangan hadiah dan perhiasan rumah yang comel dan cantik dengan harga yang rendah dari biasa. Memang rambang mata bila masuk ke kedai ni! Jika rasa susah cari makanan pula, di sini terdapat KFC, Mc Donald, Pizza dan Secret Recipe.

Tips berbelanja di Pasar Filipina dan seumpamanya:
Datang pada hari bekerja dan di luar musim cuti sekolah / cuti umum untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Tanpa perlu banyak tawar menawar, penjual akan terus menawarkan harga yang jauh lebih rendah dari dipaparkan. Cth: 'porcelain fridge magnet' dengan tanda harga RM8, ditawarkan pada harga RM3 sahaja.

Pengalaman yang tidak seronok:
Harga makanan yang mahal di sebuah kedai makan bersebelahan Le Meridian. Sarapan pagi kami cuma 2 mangkuk bakso dan segelas air milo ais, harga dikenakan RM14.20! Kedainya biasa-biasa saja, bakso tu pun biasa-biasa juga (tak habis makan pun). Samada memang mahal, atau kami 'dikenakan' sebab orang luar. Esoknya kami sarapan di Mc Donald je, tak rasa kena tipu.


Pulau Mamutik & Pulau Manukan
Dari hotel penginapan, kami menaiki City Bus untuk ke Jesselton Point iaitu terminal untuk ke pulau-pulau. Di sini terdapat banyak kaunter tiket bot macam kaunter tiket bas.

Atas syor agen yang menjual tiket ni, kami memilih untuk ke dua pulau- Pulau Mamutik & Pulau Manukan. Harga yang dikenakan RM27/seorang pergi & balik. Juga dikenakan 'terminal fee' sebanyak RM7.20/dewasa. Setiba di pulau, kita akan dikenakan 'conservation fee' sebanyak RM3/seorang. Tiket ini boleh diguna semula untuk ke pulau-pulau lain dalam hari yang sama.

Jesselton Point
Pulau pertama dituju, Pulau Mamutik. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 20 minit (menurut agen), cuma mengambil masa kira-kira 10 minit saja sebab bot dibawa sangatlah laju. Sampai melambung-lambung bot tu.
pantai Pulau Mamutik
Disebabkan rupa pantai Pulau Mamutik ni tak seindah yang dibayangkan, saya cuma duduk-duduk memerhati lautan terbentang. Menyesal sungguh mengikut saranan agen tadi, padahal saya dah merancang untuk ke pulau lain. Jadinya..pada pendapat saya, jangan bazirkan masa dan wang anda ke pulau ini.

Kami menghabiskan masa di sini selama 2 jam (seperti yang telah diatur dengan agen), kemudian menaiki bot menuju ke Pulau Manukan pula.

pantai Pulau Manukan.
Alhamdulillah...pantai di sini memang cantik berbanding di Pulau Mamutik. Nasib baik kami dah aturkan berada di sini selama 4 jam. Boleh menikmati alam dan lautan dengan sepuas-puasnya.
'kesibukan' laluan di lautan.
Di sini saya mengambil kesempatan bermesra dengan ikan-ikan. Walaupun ikannya tidaklah berwarna-warni seperti di Pulau Perhentian, namun pengalaman ini tetap menyeronokkan. Lebih lagi bila terasa kaki dilanggar oleh ikan yang agak besar. Masa selama 4 jam seperti tidak terasa. Tapi kesannya kulit hitam terbakar dek panahan mentari!


*Sampai di sini saja catatan ke Sabah. Moga ia membantu bagi kawan-kawan yang merancang untuk ke sana.*

5 comments:

  1. akak, bile3 pergi bawak ros pulak eh?:) heeeeeeeeee:D

    ReplyDelete
  2. ros: akak bawak, ros bayor..buleh?? ^__^

    ReplyDelete
  3. kak,kalau tak nak kena tipu berhati2 dilain kali..biasalah orang tu,nak untung cepat mcm tu la kan??

    *ada bnyak lagi pulau yang best2..ada msa pergi lagi tau.hehee

    *sy ni asik promot je keja..maaaf sis^^

    ReplyDelete
  4. ws:
    mmg nk pegi lagi..aritu blm smpt naik keretapi.
    insyaallah kalau ada wang & masa.

    *kamu sabahan kan..mestila promote negeri sndiri. ^_^

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...