Saturday 20 August 2011

Anda Percaya, Anda Terpedaya!

Teknologi komunikasi kini memudahkan segalanya,
Hatta mahu menipu dan memperdaya.
Menipu wang, menipu identiti, menipu bab agama!
Ada si penipu, ada si tukang percaya,
Akhirnya ada yang terpedaya!

"...Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years..." (sebahagian ayat yang diterima di sms dan di FB)

Sekali baca..terus teruja,
Beribadatlah kita sebanyaknya mengikut masa yang diramal.
Dua kali baca..baru terfikir,
Ramal-meramal dalam ibadat..bolehkah begitu?

Saya bukan pakar agama bertauliah,
Lantaran itu cukuplah sekadar saya memetik sedikit hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi :

"Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlaku Lailatul Qadar untuk beribadah semaksima mungkin. Hanya pada malam yang dimaksudkan itu! Apakah cara ini betul? Sedangkan, Islam tidak mengajar demikian. Memburu satu malam bernama Al Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti dan usaha membersihkan hati secara konsisten. Ia bagaikan atlet 100 meter yang berlari beribu-ribu kilometer dalam tempoh beribu-ribu jam sebagai persediaannya untuk menghadapi hari perlumbaan yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 minit dengan jarak 100 meter."

(untuk lebih lanjut, sila layari laman web beliau.)

*******************************************

Ada yang berkata pada saya, itu hak masing-masing untuk percaya (sebaran sms dan FB tadi).
Tapi sebenarnya dalam urusan agama..
yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Kalau hal agama memang terpulang pada hak masing-masing,
tidak wujudlah 'ajaran sesat'. Kerana memang hak mereka untuk percaya apa saja.

KITA MUDAH PERCAYA, KITA MUDAH DIPERDAYA!

p/s: sekadar perkongsian ilmu, sila tambah/betulkan jika ada kekurangan.

5 comments:

  1. ada jugak yang percaya benda macam ni.hu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Ujie..,

    betul apa yg dinyatakan oleh Ustaz Pahrol tu....
    yg penting bukan amal yg banyak pada satu masa tapi amal yang dibuat berkekalan itu ( istiqomah)yg lebih baik dan memberi kesan...allahualam...

    ReplyDelete
  3. dikatakan malam ni merupakan malam alqadar..mengikut pengiraan dan hadis..seperti yang diterangkan oleh ustaz don daniyal..boleh je kita nak mengejar sebab ianya kebaikan..tapi kejarkan kebaikan bukan setakat dalam bulan ramadhan..tapi dalam bulan3 islam yang lain jugak..jangan smpi manusia beribadah hanya semata-mata ramadhan dan dalam bulan lain mula alpa..nauzubillah..ustaz don tadi selalu mengungkapkan..semoga kita bertemu dengan malam lailatul qadar...amin3..moga benar kata ust..:) moga bertemu malam Al-Qadr kak..:)

    ReplyDelete
  4. senang jer tersebar tanpa usul periksa dulu kesahihan dia...

    ReplyDelete
  5. Rusydi: sbb tu kena hati2, jgn mudah je nak sebarkan sesuatu yg belum disahkan kebenarannya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****