Tuesday 30 August 2011

Rindu!!!

Rindu...
Beberapa hari tidak bertemu,
Kerinduan mula bertamu.

Rindu..
Beberapa hari berpisah,
Hati mula merasa gelisah.

Rindu...
Beberapa hari menjauhkan diri,
Diri mula menyedari...
Ada rindu yang memanggil kembali.

Akhirnya...
Internet disambung..blog di buka!
Kerana rindu...aku kembali jua.


p/s: Saya ingatkan bila dah sibuk beraya di kampung ni, boleh lupa blog. Rupa-rupanya tetap rindu..(walaupun baru 2 bulan & beberapa hari mengenali dunia blog). Tadi dah sempat meronda-ronda kat beberapa blog. Kira kunjungan raya la, sebab harini 1 Syawal!

Thursday 25 August 2011

Selamat Hari Raya Buat Teman-temanku!!!


Aidilfitri kian menjelang tiba,
Ketupat dianyam pelita menerangi, 
Kemaafan dihulur pada semua,
Andai ada entri & komen yang tidak serasi.

Kuih dan rendang turut disedia,
Buat tetamu sedia menanti,
Biar blog penghubung kita,
Jauh di mata namun dekat di hati!

SALAM AIDILFITRI!!! ^__^


p/s: lepas ni akan agak menyepi di blog, sebab sibuk beraya di kampung. 

Wednesday 24 August 2011

Fikir Dulu, Baru Salam!


Hari Raya kian menghampir,
Seawal pagi raya, kita akan saling bersalaman...
Memohon kemaafan sesama keluarga, saudara mara & teman-teman.
Kemaafan sesama manusia telah diperoleh,
Malangnya kemurkaan Allah juga telah diraih.
Akibat bersalaman...tanpa berfikir!

Fikir dulu...siapa Mahram selamanya bagi kita,
Baru boleh salam!

Ipar yang berlainan jantina...haram kita bersentuhan.
Kerana dia boleh kita nikahi,
Setelah tiada ikatan suami/isteri dengan pasangan kita.
Pakcik/makcik yang bukan adik-beradik dengan mak ayah kita..
Juga sama seperti ipar tadi...haram kita bersentuhan.
Kerana mereka hanya 'haram sementara', bukan 'haram selamanya'.

Sebab itu penting bagi kita ambil peduli,
Susur galur keturunan keluarga,
Supaya kita tahu...siapa halal dan siapa haram bagi kita.

Jika yang 'haram' menghulur tangan...
Berikan senyuman, anggukan kepala tanda hormat..
Ucapkanlah.."Selamat Hari Raya".
Selepas dari itu dia pasti mengerti,
Antara kita dan dia...ada batasan!

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul ya.

p/s: untuk lebih mudah, segeralah kita menyapa orang lain dahulu sebelum mereka manyapa dan menghulur salam.

*Mahram- orang yang ada pertalian darah dan diharamkan berkahwin dengannya. Samada haram sementara atau haram selama-lamanya. Haram sementara seperti ipar. Haram selamanya seperti adik-beradik kepada mak ayah kita.

Terima Kasih Darkrose!

Terima kasih cik adik Roros,
Atas kiriman kad raya mu.
Biar tak pernah bersua muka,
Apatah lagi mendengar suara.
Hanya laman blog menjadi penghubung jiwa.
Namun kita kini bagai saudara.

Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas dari Ros!
Moga persaudaraan berkekalan.
Mohon maaf jika tersilap bicara.

SELAMAT HARI RAYA BUAT ROS!

p/s: entri ini sebagai ganti kad raya, maaf..dah kesuntukan masa untuk menghantarnya!

Tuesday 23 August 2011

Bilakah Kali Terakhir Kau Ucapkan Sayang?

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Tajuk Lagu: Subuh Yang Terakhir
Nyanyian: Rabbani
(diambil dari LirikNasyid.com)

******************************************
Antara nasyid yang saya gemari,
Liriknya sungguh menusuk hati,
Apa lagi bila terkenang Ayahanda yang telah pergi...
Dua tahun telah berlalu, masih segar dalam memori.

Hari ini...
Hargailah insan tersayang di sisi...
Sebelum kita atau mereka pergi...
Tak kembali lagi!


p/s: Juga masih terasa sedih atas 'pemergian' Allahyarham Ustaz Asri (vokalis Rabbani). Alunan suaranya bagai tiada ganti...

Dari Norgadis Labuan...



Kad raya maya dari Norgadis Labuan.
Terima kasih!!!

p/s: Ni bukan sekadar kad raya saja, juga diselitkan perkataan 'merdeka' & bendera Malaysia...membawa maksud -Salam Merdeka! Betul tak Norgadis?

Monday 22 August 2011

Yok Ngomong Jowo!

***YOK NGOMONG JOWO!  =  MARI CAKAP JAWA!***

Sudah lama terasa nak buat entri mengenai bahasa Jawa.
Baru kini menjadi nyata.

Kenapa bahasa Jawa?
Sebab saya berketurunan Jawa dari Pontian, Johor...
Yang tak mahir berbahasa Jawa sebab jarang mempraktikkannya.
Maklum saja, seawal usia 13thn. sudah dihantar bersekolah di Negeri Sembilan.
Kemudian mengikut arus hidup..hingga akhirnya kini di Selangor.

Bila saya berpeluang mengasah kemahiran bahasa Jawa ni?
Bila tiba Hari Raya...
Sebab masa tu jumpa orang-orang tua.
Mereka bercakap bahasa Jawa,
Saya menjawab dalam dwi bahasa..
Jawa + Melayu!

Jika ada yang berminat mempelajari bahasa Jawa, sila layari laman web Famili Azam ni.
Tahniah atas usaha mereka dalam memastikan kelangsungan bahasa Jawa!

p/s: rugilah bagi orang Jawa, jika tidak tahu langsung berbahasa Jawa. Biasanya orang begini kita panggil "Jawa Murtad!"..hehehe. Eneng wong Jowo nang kene?

Sunday 21 August 2011

"Tolong Review Blog Saya"



Kali ni saya nak join segmen 'review blog' oleh Kak Diana.
Sebagai orang yang masih hingusan dalam ber'blog'..
pandangan & pendapat 'orang lama' amatlah diperlukan.

Kepada kawan-kawan lain yang berminat join..
sila klik banner di atas ya.
Tapi khusus untuk blog yang followernya bawah 400 orang saja!
Saya amat menggalakkan korang join,
sekurang-kurangnya kita tahu pendapat orang mengenai blog kita.

Saya juga nak tag mereka berdua untuk turut serta:

Saturday 20 August 2011

Anda Percaya, Anda Terpedaya!

Teknologi komunikasi kini memudahkan segalanya,
Hatta mahu menipu dan memperdaya.
Menipu wang, menipu identiti, menipu bab agama!
Ada si penipu, ada si tukang percaya,
Akhirnya ada yang terpedaya!

"...Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years..." (sebahagian ayat yang diterima di sms dan di FB)

Sekali baca..terus teruja,
Beribadatlah kita sebanyaknya mengikut masa yang diramal.
Dua kali baca..baru terfikir,
Ramal-meramal dalam ibadat..bolehkah begitu?

Saya bukan pakar agama bertauliah,
Lantaran itu cukuplah sekadar saya memetik sedikit hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi :

"Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlaku Lailatul Qadar untuk beribadah semaksima mungkin. Hanya pada malam yang dimaksudkan itu! Apakah cara ini betul? Sedangkan, Islam tidak mengajar demikian. Memburu satu malam bernama Al Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti dan usaha membersihkan hati secara konsisten. Ia bagaikan atlet 100 meter yang berlari beribu-ribu kilometer dalam tempoh beribu-ribu jam sebagai persediaannya untuk menghadapi hari perlumbaan yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 minit dengan jarak 100 meter."

(untuk lebih lanjut, sila layari laman web beliau.)

*******************************************

Ada yang berkata pada saya, itu hak masing-masing untuk percaya (sebaran sms dan FB tadi).
Tapi sebenarnya dalam urusan agama..
yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Kalau hal agama memang terpulang pada hak masing-masing,
tidak wujudlah 'ajaran sesat'. Kerana memang hak mereka untuk percaya apa saja.

KITA MUDAH PERCAYA, KITA MUDAH DIPERDAYA!

p/s: sekadar perkongsian ilmu, sila tambah/betulkan jika ada kekurangan.

Thursday 18 August 2011

'Jade Vine' Yang Menawan

Hari ni nak cerita pasal sejenis tumbuhan yang telah menawan hati saya sejak pertama kali memandangnya di Taman Agro MARDI, Cameron Highlands beberapa tahun lalu. Sejak itu saya memasang angan untuk menjadikannya hiasan di laman rumah suatu hari nanti. Setakat ni tiada yang menjual, termasuklah pihak MARDI sendiri. Kalau ada, mesti mahal sebab ia tumbuhan yang jarang ditemui dan unik.
 
Jade Vine

Nama tempatan: Jade Vine
Nama lain: Emerald Vine, Turqoise Jade Vine, Tayabak (Filipina)
Nama saintifik: Strongylodon macrobotrys
Famili: Fabaceae
Asal: Filipina

Ia merupakan sejenis tumbuhan liar di kawasan hutan hujan tropika di Filipina. Menariknya, walaupun saiz bunga ni agak besar tapi sebenarnya ia adalah jenis tumbuhan memanjat. Bayangkanlah bunga yang berwarna biru kehijauan ni bergantungan di taman laman rumah kita..memang cantik & menarik perhatian! (tapi saya takde taman di laman rumah pun, ni angan-angan akan datanglah). 

Menurut seorang staf di situ, tumbuhan ini berbunga setelah 2 tahun mereka menanamnya. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari Wikipedia dan Melur.com.

Tuesday 16 August 2011

Baju Raya Patuh Syariah

Hari ini hari ke-16 kita berpuasa,
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba,
Pastinya baju raya sudah tersedia,
Atau masih mencari idea...

Bagi yang sudah membeli,
Mari kita semak baju yang dibeli,
Bagi yang masih mencari-cari,
Ini panduan anda semasa mencari.

Yang lelaki mudah saja,
Aurat anda antara pusat hingga ke lutut.
Yang perempuan harus tahu,
Aurat anda seluruh tubuh, kecuali muka dan tangan.

Bagi yang perempuan, ini ciri-ciri baju raya patuh syariah anda:
  1. Menutup Tubuh Yang Dikira Aurat. Pakai baju kurung elok dah..tapi nampak bayang kaki sebab tak pakai kain dalam, pun gagal patuh syariah.
  2. Tidak Nipis -kain yang mampu melindungi warna kulit anda. Kalau pakai baju jarang, tapi memakai inner yang melekap pada tubuh..pun tak patuh syariah sebab masih boleh nampak bentuk tubuh anda.
  3. Longgar -tidak menampakkan bentuk tubuh. Baju kebaya yang nampak segala lekuk tubuh tu tak patuh syariah ya! Kebarung (kebaya kurung) okey sebab longgar.
  4. Tiada Unsur Menunjuk-nunjuk - baju yang sarat dengan hiasan. Kalau orang tengok..terus kata anda pengantin / artis / mak datin.
 Cara semak kadar patuh syariah baju anda:
  • Berdiri depan cermin, tengok dari atas sampai bawah, bahagian depan & sisi. Ada nampak bentuk tubuh? nampak menunjuk-nunjuk? atau..
  • Minta suami atau ahli keluarga 'semak' baju anda. Ada bahagian yang jarang? Perhatian: yang tukang semak pun kena tau apa tu baju patuh syariah, kalau tak..yang tak lulus pun jadi lulus!

^__^ Jom kita semak baju kita! Belum beli? beli baju yang 'betul' ya!

Lucky Draw By Nabila

**sekali lagi atas jemputan cik adik Darkrose, kali ni..
"LUCKY DRAW BY NABILA"**


Ia berakhir pada 9/9/2011.
Sesiapa nak join, bolehlah klik pada banner ya!

Untuk kali ni, saya nak tag mereka:

Monday 15 August 2011

"1st Giveaway FF: Ramadhan Yang Sangat Bermakna"

**GA ni saya sertai kerana telah ditag oleh cik adik Darkrose  ^_^**
Dianjurkan oleh Ummi.


Ucapan untuk suami Ummi sempena hari lahirnya...

"Selamat hari lahir..semoga sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Ilahi.
Juga moga berbahagia bersama Ummi dan baby Nurr Fatihah."

3 orang yang saya nak tag ialah:

Yang lain kalau nak join dijemput klik banner ya...

Sunday 14 August 2011

Isteri Pun Boleh...

Beberapa hari lalu, seseorang meminta saya memberikan pendapat mengenai suami yang ringan tangan menampar isteri. (Geram sungguh dengan suami begini...orang berkahwin dia pun nak kahwin. Tapi tak reti jadi suami pun!)

Lalu membawa ingatan saya pada kisah seseorang ni. Dia juga menghadapi masalah serupa, bezanya dia hanya memendam rasa seorang diri. Tidak meminta bantuan atau sokongan dari sesiapa pun. Hanya airmata pengubat sedih dan kesakitan.

Sehinggalah suatu hari, datang kekuatan dalam dirinya..dan bertekad akan membalas semula perbuatan suaminya. Tiba masa, seperti selalu..bila kemarahan suaminya datang, dia ditampar. Kali ini tanpa tangisan, dia bangkit dan menampar kembali suaminya!

Apa yang berlaku? Suami tadi terdiam tak terkata. Sejak itu tiada lagi tamparan dari suaminya. Mungkin selama ini suami tadi berfikir hanya dia yang mampu 'mengganas'. Tapi ISTERI PUN BOLEH...! Selepas 'kejayaan' itulah, si isteri ni menceritakan pada saya untuk panduan saya yang masa tu belum berkahwin.

Walaupun ini bukan cara terbaik dalam menyelesaikan isu 'keganasan rumahtangga', tapi nampaknya ia berkesan bagi 'si isteri' tadi. Mungkin cara terbaik adalah dengan meminta seseorang yang 'si suami' hormati untuk menasihati perlakuan salahnya. Jika gagal juga, barulah ke langkah seterusnya...TAPI APA YA ?? Penceraian adalah jalan terakhir, kerana ia suatu yang halal tapi dibenci Allah.

Thursday 11 August 2011

Puasa...Solat Jangan Dilupa!

 
Ustaz Dato' Hassan Din
(gambar dari google)


Bulan Ramadhan sinonim dengan ibadat puasa.
Maka menjadi adat biasa ibubapa melatih anak-anak berpuasa.
Ada yang sekecil 5 tahun sudah diajar berpuasa.
Malah ada ganjaran wang besar jika berjaya.

Malangnya ramai ibubapa yang terlupa...
bahawa SOLAT itu TIANG AGAMA.
Lalu meremehkan didikan solat kepada anak-anak.
Yang sibuk ditekankan hanyalah puasa.

Puasa dan solat memang sama penting.
Orang yang bersolat, pastinya berpuasa.
Tapi orang yang berpuasa, belum tentu bersolat!
Kerana solat itu memandu manusia ke arah kebaikan.

Fikirkanlah...

**************************
Entri ini terhasil selepas menonton tazkirah Ramadhan di MHI TV3 oleh Ustaz Dato' Hassan Din. Sebelum ni saya sendiri tidak terfikir mengenai senario ini. Dan memang benar, saya pernah menemui beberapa orang yang culas bersolat tapi cukup tegas dalam berpuasa. Antara jawapannya, "puasa ni kalau tinggal rasa semacam..". Mungkinkah ini hasil didikan yang mereka terima? Mari kita sama-sama betulkan kebiasaan ini.

p/s: Saya kecik-kecik dulu kalau malas solat, mak sebat dengan hanger baju tu. Lari sekeliling katil nak elak kena sebat! Kalau puasa pulak, dididik dengan denda..ada dalam entri

Wednesday 10 August 2011

KK & Pulau

(sambungan siri ke Sabah- entri sebelum ini Kundasang & Kinabalu Park, Poring Hotspring & Canopy Walkway)


Kota Kinabalu (KK)
Di Kota Kinabalu (KK) kami tinggal di Le Hotel (bertaraf hotel bajet). Tempahan dibuat awal melalui Agoda bagi mendapatkan harga promosi yang lebih rendah dari kadar semasa hotel. Kedudukannya amat strategik dan memudahkan kita untuk makan dan membeli-belah. Ia terletak berhampiran Centre Point (pusat membeli-belah yang besar), Pasar Kraftangan (Pasar Filipina) dan Pasar Ikan Masin. Cuma bilik hotelnya kecil sehingga tiada ruangan yang sesuai untuk bersolat.

Disebabkan kedudukan yang amat strategik, cuma perlu berjalan kaki untuk ke tempat-tempat tersebut. Amat mudah dan jimat. Tetapi jika perlu ke tempat yang sedikit jauh, boleh naik pengangkutan awam. Perkhidmatan City Bus di sini amat mudah didapati, cuma perlu tunggu di mana-mana bus stop dan tambang kadar ratanya cuma 50sen. Untuk teksi, kadar tambang minima adalah RM10. Untuk mengetahui info begini, ringankan mulut bertanya dengan penduduk tempatan yang ramah dan sedia membantu. Yang penting, kita kena senyum selalu!

Jika ke Centre Point, jangan lupa ke kedai Kaison. Kedai ni menjual pelbagai barangan hadiah dan perhiasan rumah yang comel dan cantik dengan harga yang rendah dari biasa. Memang rambang mata bila masuk ke kedai ni! Jika rasa susah cari makanan pula, di sini terdapat KFC, Mc Donald, Pizza dan Secret Recipe.

Tips berbelanja di Pasar Filipina dan seumpamanya:
Datang pada hari bekerja dan di luar musim cuti sekolah / cuti umum untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Tanpa perlu banyak tawar menawar, penjual akan terus menawarkan harga yang jauh lebih rendah dari dipaparkan. Cth: 'porcelain fridge magnet' dengan tanda harga RM8, ditawarkan pada harga RM3 sahaja.

Pengalaman yang tidak seronok:
Harga makanan yang mahal di sebuah kedai makan bersebelahan Le Meridian. Sarapan pagi kami cuma 2 mangkuk bakso dan segelas air milo ais, harga dikenakan RM14.20! Kedainya biasa-biasa saja, bakso tu pun biasa-biasa juga (tak habis makan pun). Samada memang mahal, atau kami 'dikenakan' sebab orang luar. Esoknya kami sarapan di Mc Donald je, tak rasa kena tipu.


Pulau Mamutik & Pulau Manukan
Dari hotel penginapan, kami menaiki City Bus untuk ke Jesselton Point iaitu terminal untuk ke pulau-pulau. Di sini terdapat banyak kaunter tiket bot macam kaunter tiket bas.

Atas syor agen yang menjual tiket ni, kami memilih untuk ke dua pulau- Pulau Mamutik & Pulau Manukan. Harga yang dikenakan RM27/seorang pergi & balik. Juga dikenakan 'terminal fee' sebanyak RM7.20/dewasa. Setiba di pulau, kita akan dikenakan 'conservation fee' sebanyak RM3/seorang. Tiket ini boleh diguna semula untuk ke pulau-pulau lain dalam hari yang sama.

Jesselton Point
Pulau pertama dituju, Pulau Mamutik. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 20 minit (menurut agen), cuma mengambil masa kira-kira 10 minit saja sebab bot dibawa sangatlah laju. Sampai melambung-lambung bot tu.
pantai Pulau Mamutik
Disebabkan rupa pantai Pulau Mamutik ni tak seindah yang dibayangkan, saya cuma duduk-duduk memerhati lautan terbentang. Menyesal sungguh mengikut saranan agen tadi, padahal saya dah merancang untuk ke pulau lain. Jadinya..pada pendapat saya, jangan bazirkan masa dan wang anda ke pulau ini.

Kami menghabiskan masa di sini selama 2 jam (seperti yang telah diatur dengan agen), kemudian menaiki bot menuju ke Pulau Manukan pula.

pantai Pulau Manukan.
Alhamdulillah...pantai di sini memang cantik berbanding di Pulau Mamutik. Nasib baik kami dah aturkan berada di sini selama 4 jam. Boleh menikmati alam dan lautan dengan sepuas-puasnya.
'kesibukan' laluan di lautan.
Di sini saya mengambil kesempatan bermesra dengan ikan-ikan. Walaupun ikannya tidaklah berwarna-warni seperti di Pulau Perhentian, namun pengalaman ini tetap menyeronokkan. Lebih lagi bila terasa kaki dilanggar oleh ikan yang agak besar. Masa selama 4 jam seperti tidak terasa. Tapi kesannya kulit hitam terbakar dek panahan mentari!


*Sampai di sini saja catatan ke Sabah. Moga ia membantu bagi kawan-kawan yang merancang untuk ke sana.*

Tuesday 9 August 2011

JOM JOIN Giveaway Aidilfitri Roros!

~mAwAr m3rAh b3rDUri~

Giveaway pertama sempena Aidilfitri yang saya sertai...
Oleh Darkrose.

Penyertaan sangat mudah.
Tak perlu tulis macam-macam.

**JOM KITA RAMAI-RAMAI SERTAI 'GIVEAWAY AIDILFITRI ROROS' NI**

Monday 8 August 2011

Duhai Lelaki...berPUASAlah!

Sepanjang perjalanan hidup ini, saya menemui ramai LELAKI yang kecundang dalam cabaran berpuasa di bulan Ramadhan. Perempuan yang saya temui, tidak berpuasa kerana mereka uzur (mungkin ada yang ponteng puasa, tapi belum saya temui). Tapi kalau lelaki yang tidak berpuasa, sihat tubuh badan...apa lagi alasannya?

Ini bukan satu pertuduhan, tapi sebuah kenyataan yang saya lalui sendiri. Saya selitkan dua kisah berikut, yang membuat saya rasa sedih dan simpati atas LEMAHnya lelaki-lelaki ini...:

Kisah 1
Semasa di tempat kerja suatu ketika dulu (di sebuah kilang elektronik), saya melihat cermin tingkap sebuah treler di tutup dengan kain. Biasanya tidak begitu. Saya memerhatikan dari jauh, tidak lama kemudian turun seseorang yang saya kenali dari treler tersebut sambil membawa plastik berisi bungkusan makanan.

Selepas itu, sewaktu bertemu dengannya saya bertanya langsung mengenai hal tadi secara sopan. Sedih bila dia mengakui tidak berpuasa...jawapan biasa, tak larat! Simpati kerana seorang yang masih muda, sihat dan bekerja setakat membawa treler dari Johor Bahru ke Singapura...tidak mampu berpuasa.

Dia ketua keluarga. Juga seorang bapa.

Kisah 2
Sewaktu menjalankan urusan kerja di luar pejabat, saya terpaksa keluar bersama seorang staf lelaki. Dalam perjalanan pulang, dia memberhentikan kenderaan di sebuah bazar Ramadhan yang telah dibuka seawal jam 3pm! Dia turun sendirian dan tanpa segan silu pulang dengan membawa bungkusan makanan, beserta air. Saya menegurnya kerana masih terlalu awal membeli juadah berbuka. Tanpa rasa bersalah, dia mengakui tidak larat berpuasa! Saya menasihati dia semampunya.

Dia juga ketua keluarga. Juga seorang bapa.

**************************
Sekadar menyelitkan dua kisah disebalik banyak lagi kisah yang seumpamanya. Itu belum lagi yang sering menunaikan umrah, tapi meneguk air dalam kereta di bulan Ramadhan. Siap pelawa orang lain pulak! Bagaimanakah LELAKI yang dianggap ketua keluarga dan pemimpin ini nak mendidik anak isterinya jika dia sendiri RAPUH? Jika akar tidak kuat, pokok pasti tidak dapat berdiri teguh.

Duhai LELAKI..berpuasalah.
Kerana ia perintah yang WAJIB dikerjakan.
Jadilah ketua keluarga yang bertanggungjawab!


p/s: Jika kita bertemu dengan orang-orang begini, jangan segan silu memberi teguran secara sopan. Tanpa teguran & nasihat, perkara yang salah akhirnya menjadi kebiasaan dan dianggap betul. 

Friday 5 August 2011

Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak

Apa kenangan puasa zaman kanak-kanak yang paling korang ingati, selain juadah masa berbuka?


Saya paling ingat...masa di sekolah kerap ke tandas,
Bukan minum air paip tau, tapi basahkan sapu tangan...
kemudian letak kat tengkuk bagi sejuk.
Tak dapat minum, dapat sejuk tengkuk pun jadilah!

Saya paling ingat...kalau gagal berpuasa atau puasa separuh hari,
Dendanya...tak boleh join ahli keluarga lain berbuka di meja makan.
Kena duduk di lantai, makan dengan adik yang memang belum belajar puasa.
Masa tu rasa sungguh tak seronok!


Sekarang bila terkenang balik, tersenyum sendiri...^_^
Indahnya kenangan lalu!

Wednesday 3 August 2011

Poring Hotspring & Canopy Walkway

(sambungan siri ke Sabah- entri sebelum ini Kundasang & Kinabalu Park)

Dalam kedinginan pagi dengan suhu 21 darjah, terpaksa menggagahkan diri bangun untuk solat Subuh seawal 5.30am. Padahal waktu Subuh dah pun tiba kira-kira jam 4.55am. Sementara menunggu waktu sarapan jam 7am, saya duduk-duduk di anjung untuk menikmati pagi di Kundasang. Memang tenang rasanya...


Gunung Kinabalu..pemandangan dari anjung bilik penginapan.

PORING HOTSPRING
Perjalanan dari resort ke Poring Hotspring mengambil masa kira-kira 50 minit, termasuk sesat semasa di Ranau. Disebabkan pada awal perjalanan tiada papan tanda arah ke Poring Hotspring, jadinya kami tersalah jalan. Sebenarnya jalan-jalan di sini mudah, cuma kita perlu tahu nama kawasan yang nak dituju. Kalau agak-agak je, sesatlah jadinya.

Tiket untuk masuk ke sini adalah RM3 bagi dewasa. Tetapi percuma jika kita menunjukkan tiket Kinabalu Park untuk hari yang sama. Waktu operasi pula seawal jam 7am.
 
Aliran deras Sungai Mamut, menyambut kedatangan pengunjung ke sini.


 Kawasan Kolam Mandi Terbuka.


 Info bagaimana air panas ni terjadi.


Tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi di sini, selain mandi air panas.


CANOPY WALKWAY
Tujuan utama saya ke Poring Hotspring ni...nak naik Canopy Walkway! Ini merupakan pengalaman kedua, yang pertama semasa di  The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim, Kedah.

Sekali lagi kena bayar RM3 untuk dewasa.

Tak seronok bila baca.."Meniti atas risiko sendiri".
Ingatkan lepas bayar tiket boleh terus ke pelantar yang tinggi untuk naik jambatan atas pokok, macam di Sungai Sedim. Rupa-rupanya kena mendaki sejauh 500 meter! Memang tak jauh jika berjalan atas tanah rata, tapi bila kena mendaki...tercabar jugak stamina yang tak berapa ada ni. Mencungap la jugak.

Lega bila dah sampai ke pelantar/point untuk naik ke jambatan. Tapi seram pulak bila tengok rupa jambatan tu. Namun berpatah balik tidak sekali!

Canopy Walkway..memang betul-betul jambatan gantung!

Laluan ini adalah sejauh 157.8 meter dan setinggi 41 meter dari atas tanah. Memang sangat tinggi sampai takut-takut nak memandang ke bawah. Dan rasa sangat jauh sebab takut..tiap kali melangkah bergoyang-goyang jambatan tu!


Laluan ni bersambung dari satu pokok ke satu pokok. Maksima 6 orang.
Tujuan naik atas jambatan gantung ni sebenarnya supaya kita boleh menyaksikan flora dan fauna hutan dari pandangan atas. Tapi bila dah takut-takut, tak sempat nak pandang mana-mana sangat. Asyik pandang papan yang dipijak sambil mulut berzikir. Kelakar bila terkenang semula!

Lega dan rasa seronok bila perjalanan selama kira-kira 20 minit di atas jambatan gantung berakhir. Sekali lagi kena menuruni bukit untuk kembali ke pintu utama. Suatu pengalaman yang berbeza!

(Rancangan untuk ke Air Terjun Kipungit yang terletak 700 meter, terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Maklum saja, kereta sewa...)


Perjalanan Pulang Ke Kota Kinabalu
Dari Poring Hotspring ke KK mengambil masa kira-kira 3jam, termasuk singgah makan tengahari di Ranau. Istimewanya di Ranau, makan nasi berlauk pun disediakan sup kosong secara percuma! Perjalanan pulang nampaknya lebih mudah dan cepat kerana tidak berada di belakang lori /treler.



Gunung Kinabalu...gambar diambil dari dalam kereta menuju ke KK.

Rasa tak puas menikmati indahnya alam di sini. Kalau ada rezeki..saya pasti datang lagi!


Entri seterusnya dan yang terakhir dalam siri ini- Pulau & KK.

Monday 1 August 2011

Saya Nak Baju Kelawar AMNI Collections!


PERADUAN DITAJA OLEH AMNI Collections
&
DENGAN KERJASAMA IBRAHzine.com


BAJU PILIHAN HATI SAYA (",) :

Bunga melur harum sekali,
Jadi hiasan lamanan bonda,
Baju kelawar gelaran diberi,
Pelbagai warna dan corak tersedia.

Bunga melur putih suci,
Jadi tarikan tamu bertandang,
Warna biru pilihan hati,
Tampak sejuk mata memandang.

Bunga melur jangan dibuang,
Jadikan ia haruman asli,
Corak kuning ungu tampak riang,
Menambah seri siapa memakai.

Bunga melur kekal mewangi,
Biar kering tetap disimpan,
Baju kelawar santai dipakai,
Berlengan panjang menjaga sopan.




**inilah peraduan pertama yang saya sertai (",)**
kalau nak join KLIK SINI ^_^

Puasa atau Pesta?

sekadar gambar hiasan

Bulan Ramadhan...bulan berpuasa,
Bulan Ramadhan...bulan berpesta.

Puasa di siang hari,
Pesta makan menjelang maghrib,

Nafsu lesu dek lapar dahaga,
Nafsu bangkit dek lautan makanan.

Ramadhan kita sekadar berpuasa,
Terawih, tadarus lenyap akibat kekenyangan.

Salahkah bazaar Ramadhan?
Salahkah si penjual makanan?
Salahkanlah DIRI SENDIRI!

Mulakan langkah pertama kita petang ini,
Belilah cuma sejenis dua makanan,
Sekadar termampu diisi oleh perut kita,
Jadilah PEMENANG petang ini...menang kerana melawan NAFSU!

Ramadhan bulan PUASA atau bulan PESTA?
Kitalah yang menentukannya...


p/s: sekadar ingatan buat diri sendiri dan korang semua di hari pertama Ramadhan!

Andainya Ini Ramadhan Terakhir..


Nak promo sikit Majalah Solusi edisi isu bumper Ramadhan & Syawal...

Topik utama: Andainya Ini Ramadhan Terakhir, Layakkah Kita Berhari Raya?

Bonus untuk isu ni: Check List Ramadhan, penanda buku.

Muka surat: 136 muka

Harga: RM11


Saya syorkan beli dan baca, sebab banyak ilmu dan peringatan bagi kita manusia yang selalu lupa.