Tuesday 5 July 2011

Penipuan Menerusi E-Mail..AWAS!

Topik biasa, hampir basi tapi masih ada yang percaya! Disebabkan saya ada menjalankan bisnes online, maka alamat e-mail untuk bisnes tersebut memang saya dedahkan kepada umum. Tetapi risiko dan kesannya, saya mendapat banyak e-mail berbentuk penipuan (scam).

Di sini ada tiga contoh e-mail penipuan yang saya terima sebagai panduan anda di luar sana.


Penipuan bank- PENTING! Anda mesti tahu bahawa pihak bank tidak akan sekali-kali mengirim e-mail yang ada pautan (link). Setiap urusan mesti terus ke laman web rasmi sahaja atau hubungi bank untuk pengesahan.

Tak masuk akal- tak kenal tapi minta uruskan harta!

Paling lawak- jadi waris terdekat la pulak! Hal penting macamni mana logik hantar guna e-mail je.
Walaupun ramai diantara kita yang tak layan e-mail sebegini, namun masih ada yang cuba layan dan akhirnya tertipu (seperti yang selalu dipaparkan kat berita/akhbar). Jadi, berhati-hatilah pada e-mail yang menawarkan 'wang besar', yang tak masuk akal atau daripada orang yang kita tak kenal!

2 comments:

  1. semakin ramai yang terbuka minda tentang bahaya spam ni.report saja sbg spam google akan auto block kpd emel2 lain..:)

    baca sini untuk entri terkini:
    ”pyejal weblog”

    ReplyDelete
  2. pyejal: kdg-kdg ada jugak yg 'terlepas' masuk inbox tu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****